Hijrah Tudung...

Semalam aku ke Alor Setar, untuk urusan tempahan banner, memang biasa aku berurusan dengan syarikat ini, kualiti yang baik, harga yang murah, pekerja yang berbudi bahasa antara faktor yang menyebabkan aku senang berurusan dengan syarikat ini.

Hari ini ada sedikit kelainan, sebaik melangkah di pintu masuk dan terus ke kaunter, aku terlihat wajah yang biasa aku lihat sebelum ini, namun ada sedikit kelainan...
Ye, dia telah bertudung, kerani di kaunter itu telah memakai tudung, dan pemakaiannya sempurna.

Lantas aku mengucapkan tahniah kepadanya, satu hijrah yang benar-benar bermakna, satu perubahan besar yang akan memberikan satu pengertian baru dalam hidupnya, moga dia terus istiqamah dengan perubahan itu...

Disebalik kegembiraan itu, ketika memandu pulang ke rumah, aku teringat kepada beberapa bekas pelajarku yang dahulunya ketika di kampus bertudung sempurna, namun bila masuk ke alam korporat, tudungnya entah ke mana, kesal bila aku mengingatnya, entah di manakah silapnya.

Namun aku doakan agar kembali terbuka pintu hati mereka untuk bertudung kembali, moga Allah memberikan petunjuk ke jalan yang lurus.

Belajarlah untuk berkata tidak...

Salam semua,

Februari tahun ini benar-benar menguji kesabaranku, hambatan dunia yang menghimpit, lambakan kerja yang menyesakkan, tanggungjawab yang makin bertambah, perjalanan dan dugaan yang terpaksa ditempuh (dalam tempoh 2 hari, perjalanku sekitar Kedah untuk menyelesaikan segala urusan hampir mencecah 1000 km, lenguhnya kaki tekan klac), namun dalam lautan keserabutan ini aku belajar dua perkara:

1. Buatlah apa yang penting, bukan apa yg anda suka buat
dan
2. Belajarlah untuk berkata TIDAK...

Walau sesibuk mana dan sebesar mana dugaan yang melanda, ingatlah sentiasa ada orang yang lebih dasyat dugaannya. Walau sesibuk mana pun kita, janganlah lupa kepada yang maha esa, mintalah pertolongan kepadanya, kita pasti tidak akan kecewa...

On Error Resume Next

Dalam pengaturcaraan, terdapat suatu konsep yang dipanggil debugging, antara komponen yang digunakan dalam bahasa Visual Basic untuk proses debugging dan error trapping adalah On Error Resume Next.

On Error Resume Next adalah satu kaedah untuk memastikan program terus berjalan walaupun terdapat kesalahan di dalam kod. Walaupun ianya seolah-olah berkesan untuk memastikan kelancaran program, tetapi kaedah ini adalah ibarat menyapu sampah dibawah permaidani, untuk penyelesaian jangka pendek mungkin ianya berkesan untuk memuaskan hati klien, tetapi untuk jangka panjang, kesalahan-kesalahan yang timbul dalam program tidak lagi akan dapat dikesan dan akan menimbulkan logic error yang jauh lebih berbahaya.

Begitu juga dengan kehidupan kita, walaupun kadang-kadang dengan mengabaikan tanpa menyelesaikan sesuatu masalah yang mendatang boleh memastikan hari kita dapat berlalu dengan lancar, akan tetapi, lambat laun timbunan masalah yang diabaikan pasti akan menghantui kita.

Adalah lebih baik bagi kita untuk menjadi seorang yang berani berdepan dengan masalah, dan bersabar dalam menyelesaikannya, berbanding membiarkan sahaja masalah berlalu tanpa ada apa-apa tindakan, yang paling penting, jangan bertangguh...

Berbanding On Error Resume Next, On Error Goto mungkin lebih sesuai...

Teknologi menjadikan manusia semakin malas?

Membaca artikel Dumb & Dumber di blog aziziabaziz.blogspot.com membuatkan aku terfikir, adalah Teknologi menjadikan manusia semakin malas, semakin bodoh?



Mungkin ya, mungkin tidak...

teringat dulu zaman sekolah dulu, no telefon kawan-kawan semua hafal dalam kepala je, adala dekat 100 no lebih kurang, tapi sekarang, kalau handset hilang...

Zaman dulu, lepas je solat asar, terus capai selipar, keluar dan main macam-macam permainan, selipar tiga guna selipar tat sing yang keras tu, konda kondi, guli, bola chap, rounders, galah panjang, kejar-kejar, lumba basikal, main perang n macam-macam lagi...

Zaman sekarang, nampaknya ramai lebih minat berminat melayan ps/2, x-box, astro dari menghitamkan kulit diluar rumah...

Zaman dulu, masuk kelas, buku nota mesti ada, salin tak salin no 2, yang penting semangat nak ambik nota mesti ada...

Zaman sekarang, semuanya powerpoint slide, ada satu thumb drive, selesai semua masalah...

Zaman dulu, nak cari bahan rujukan assignment, berpinau biji mata bukak buku-buku kat library.

Zaman sekarang, semuanya dihujung jari...

Kelebihan teknologi, tiada siapa yang dapat pertikai, tapi...tapi...tapi....

Selalu topik ini menjadi perbincangan hangat dalam kelas MIS, apabila muncul sistem ERP dan sistem pintar yang sangat canggih, mengautomasikan segala-galanya, maka manusia akan hilang keupayaan menyelesaikan masalah apabila terlalu bergantung kepada teknologi.

Adakah teknologi ini ibarat dadah yang mengkhayalkan manusia, menjauhkan manusia dari kecerdikannya yang sebenar dan sehinggakan membuatkan manusia semakin jauh dari tuhan...bahkan mungkin ada yang mengaku menjadi tuhan

Risau juga, satu masa nanti manusia akan jadi gemuk dan malas, macam dalam cerita wall e tuh, argghh tidakk....

Surah Fussilat yang Mengkagumkan

Salam semua,
Hari ini aku terkagum, kagum dengan surah Fussilat yang mengkagumkan, walaupun selama ini telah banyak kali aku bertamu ke surah ini, namun kunjungan ku kali ini benar-benar menghilangkan dahaga jiwa ku, membasahkan kembali hati ku yang telah lama gersang dari basahan ayat-ayat Allah. Ibarat tanah tandus yang kembali subur selepas hujan lebat.

Bagiku, tanpa sebarang tafsiran pun ayat 30-36 benar-benar menggoncangkan setiap hati yang membacanya dengan penuh khusyuk dan rendah diri.

Terimalah :

30 : Sesungguhnya orang-orang yang berkata. "Tuhan kami adalah Allah" kemudian mereka meneguhkan pedirian mereka, maka malaikat-malaikat akan turun kepada mereka (dengan berkata), "Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu bersedih hati, dan bergembiralah kamu dengan syurga yang telah dijanjikan kepadamu."

31 : Kamilah pelindung-pelindungmu dalam kehidupan dunia dan akhirat, didalamnya (syurga) kamu memperoleh apa yang kamu inginkan dan memperoleh apa yang kamu minta.

32 : Sebagai penghormatan bagimu dari (Allah) yang Maha Pengampun, Maha Penyayang.

33 : Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata "Sungguh aku termasuk dari kalangan muslimin"

34 : Dan tidaklah sama kebaikan dengan kejahatan. Tolaklah (kejahatan) dengan cara yang lebih baik, sehingga orang yang ada rasa permusuhan antara kamu dan dia akan menjadi seperti teman yang setia.

35 : Dan (sifat-sifat yang baik itu) tidak akan dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan kecuali kepada orang yang mempunyai keberuntungan yang besar.

36 : Dan jika syaitan menganggumu dengan suatu godaan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sungguh, dialah yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui

Cinta, air tangan ibu dan kualiti

Jika ditanya pada kita, apakah makanan yang paling enak di dunia ini? Pasti akan dijawab dengan pelbagai jawapan, tetapi jika ditanya pula, apakah masakan itu dapat menandingi masakan ibu masing – masing, maka pastilah jawapannya masakan ibu tiada tandingannya di dunia ini. Benar, bagi setiap individu yang diberi anugerah mempunyai ibu, tidak akan ada masakan yang akan dapat menandingi kualiti masakan ibunya.

Apa rahsianya? Jika orang tua-tua sering mereka mengaitkannya dengan keberkatan air tangan ibu atau isteri. Apakah air tangan itu seorang ibu itu mempunyai enzim khas yang dapat menambah kelazatan makanan? Atau ada tindakbalas kimia terhadap makanan pada air tangan seorang ibu, yang menyebabkan daging menjadi empuk, kuah kari dan sup ayam yang tiada bandingannya, hatta ayam goreng biasa boleh menjadi lebih sedap dari ayam goreng KFC? Wallahua’lam, mungkin kajian sains boleh dilakukan untuk membuktikan perkara tersebut.

Apa yang pasti, setiap kali ibu memasak, masakan itu diulami dengan kasih sayang, ketika si ibu memotong daging, menyiang ikan, menumis bawang, mengalir air kasih sayang seorang ibu terhadap setiap makanan yang dimasaknya, setiap masakan yang dimasak akan dipastikan bersih, secukup rasa dan akan dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan penuh rasa cinta demi untuk memberi ahli keluarganya makan. Itulah rahsia keenakan masakan seorang ibu, cinta dan keinginan untuk berbakti, tiada ramuan rahsia, hanya sekeping hati yang penuh rasa cinta dan kasih sayang.

Cinta menerbitkan perasaan ghairah, dan perasaan ghairah akan menjelmakan kesungguhan dalam setiap amal perbuatan. Oleh kerana itulah, kecintaan kepada sesuatu tugasan adalah menjadi kunci kepada betapa berkualitinya hasil sesuatu tugasan itu.

Seorang pemain bolasepak yang cintakan bolasepak akan mengerahkan seluruh kemampuannya untuk menjadi pemain yang hebat, demi kecintaannya kepada sukan itu, pemain bolasepak yang bermain hanya kerana ganjaran wang, biasanya tidak akan bertahan lama dan akan mudah kehilangan motivasi. Seorang guru atau pensyarah, kecintaannya kepada dunia pendidikan akan menerbitkan keghairahan yang akan dapat dirasai oleh pelajar-pelajarnya.

Begitu juga seorang penyelidik, jika penyelidikan itu dilakukan dengan penuh keghairahan, hasilnya pasti akan menakjubkan dan sudah pasti akan berbeza dengan penyelidik yang motivasinya hanya untuk kenaikan pangkat atau pengesahan jawatan sahaja.

Begitulah hakikat cinta dan kualiti, walau apa jua bidang yang diceburi dan tugasan yang dilakukan, jika tanpa rasa cinta, minat dan tanggungjawab, hasilnya pasti akan mengecewakan.

Dalam ibadah khusus, ibadah yang dilakukan tanpa hadir hati yang penuh rasa cinta akan hanya membuahkan hampa, ibadah akan hanya tinggal gerakan dan ritual tanpa roh yang mendampingi. Lebih-lebih lagi para pendakwah-pendakwah islam, tanpa cinta tidak akan hadir pengorbanan, tanpa pengorbanan, perjuangan tidak akan sampai kemana-mana.

Itulah hebatnya cinta, melalui air tangan seorang ibu, cinta itu mengalir menambah perisa dalam masakan, melalui cinta, akan mengalir semangat untuk berkorban dalam perjuangan.

Simple Logic

Kalau kereta rosak, bawak pi ke pomen,
pomen mesti ada cara nak baiki punya.
Kalau komputer rosak, bukak buku manual komputer,
takpun payah-payah hantar je kedai.
Kalau manusia rosak?
Kenapa pandai-pandai buat peraturan sendiri, kenapa tak dirujuk peraturan dan buku manual dari pencipta manusia?

Manusia oh manusia...

Dimana Wawasan Akhiratmu



Dalam dunia yang serba maju hari ni, semua orang bercakap tentang kehebatan dunia. Kehebatan dalam penyelidikan, kehebatan dalam penulisan, kehebatan dalam mencari harta, kehebatan dalam berpolitik dan pelbagai lagi kehebatan yang semuanya berkaitan dengan dunia semata-mata.

Jika bercakap tentang dunia, ramai yang pastinya akan mempunyai wawasannya masing-masing, ingin menjadi perdana menteri sebelum umur 40 tahun, ingin menjadi jutawan sebelum umur 30 tahun, ingin mendapat Dr., belajar di universiti terulung, ingin menjadi juara dunia, ingin menerbitkan artikel dalam jurnal 10 terbaik dan pelbagai lagi wawasan dunia yang hebat-hebat belaka.

Islam tidak pernah menghalang manusia mencari kecemerlangan dunia, bahkan ia adalah suatu tuntutan kepada umat Islam untuk cemerlang dalam segala aspek keduniaan, tetapi apa yang menjadi persoalan adalah dimana letaknya wawasan akhirat bagi setiap mereka yang ingin cemerlang di dunia.

Hari ini, ramai ibu bapa yang akan melenting apabila anak mereka gagal dalam peperiksaan, tetapi berapa ramaikah ibu bapa yang melenting tika mana anak mereka tidak mengerjakan solat.

Begitu juga dengan ahli - ahli akademik, tika mana berbicara tentang kehebatan penyelidikan dan ratusan artikel yang di baca, sejauh manakah wawasannya untuk mengkhatamkan al quran dalam sebulan, apatah lagi untuk memahami dan mentadabbur al quran.

Ramai juga pelajar yang sanggup bersengkang mata mengulangkaji pelajaran, ramai juga yang sanggup bangun seawal jam 3 pagi untuk melihat pasukan kegemaran beraksi, tapi dimana semangat mereka ini ketika mana seruan azan subuh berkumandang, apatah lagi bangun malam mengerjakan solat tahajjud.

Itu hanyalah beberapa contoh betapa umat islam hari ini songsang dalam kefahaman, songsang dalam tindakan, dunia diletakkan dihati bukan di genggaman tangannya.

Dunia hanyalah persinggahan sementara kita, buat mencari bekal untuk ke akhirat, dunia bukan tempat kekal kita, walau seindah mana hiasannya, ia tetap hanyalah senda gurau dan permainan semata. Jadikanlah dunia ini sebagai jambatan, tempat bercucuk tanam, untuk kita menuai hasilnya diakhirat nanti.

Tiada kehidupan melainkan kehidupan akhirat....

Solat Subuh...

"Mereka (Umat Islam) tidak akan dapat mengalahkan kami (Kaum Yahudi) selagi mana mereka tidak menyempurnakan solat subuh mereka seperti mana mereka menunaikan solat Jumaat"
Golda Meir - Perdana Menteri Negara Haram Israel (19..)

Antara solat yang paling penting dalam kehidupan seorang muslim adalah solat subuh, solat subuh besar ganjarannya, bahkan solat sunat 2 rakaat sebelum waktu subuh pahalanya lebih baik dari dunia dan seisinya...

Tapi, realiti hari ini sangatlah menyedihkan, solat subuh menjadi solat yang paling diremehkan oleh kebanyakan dari muslim hari ini. Lihatlah saja di masjid-masjid ketika waktu subuh, lengang dan sepi, bahkan ada masjid yang langsung tidak kedengaran azan dek kerana muazzin dan imam pun terlena dibuai mimpi.

Universiti, tempat dimana para pemuda bijaksana harapan bangsa berkumpul juga tidak terkecuali dari musibah ini, lihatlah masjid dan surau, pengalamanku 10 tahun di Universiti menyaksikan tika solat subuh, tiang lebih banyak dari pemakmurnya.

Aku pernah bertanya kepada beberapa pelajar yang cukup liat nak solat subuh pada awal waktu, jika waktu bagi peperiksaan diawalkan dari jam 9 am ke 6 am, sanggupkah mereka bangun?

Dengan bersemangat mereka menjawab "Sanggup en., takkan kami nak tuang final exam lak, naya le kena belasah ngan orang tua saya nanti"

Aku kemudian bertanya balik kepada mereka "Haa, kalau pegi Final Exam boleh...pasai apa tang nak solat subuh liat..."

Mereka hanya tersengih bagai kerang...,

itulah realiti kebanyakan dari masyarakat hari ini, untuk dunia sanggup bersungguh-sungguh dan bermati-matian bekerja, tapi untuk akhirat, banyak sungguh alasannya...

Umat Islam tidak akan cemerlang selagi mana dunia berada dihati mereka, bukan di tangan mereka..Umat Islam tidak akan cemerlang selagi mana mereka menjadikan dunia sebagai keutamaan mengatasi keutamaan akhirat...

Sungguh benarlah hadis Rasulullah bahawa umat akhir zaman ini ibarat buih kerana terlalu cinta pada dunia dan takut pada mati....

Kenapa Sekarang Sibuk

Pening tul sekarang ni...semuanya datang bertimbun sekaligus, sesak rasanya...nak mengarang, baca buku, update blog, semuanya tak dan...aduh...

Di Gaza, ummah berjuang mendapatkan kemuliaan syahid, di Malaysia, haru biru jadinya...

Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk menghadapi kesibukan ini...berilah petunjuk kepada pemimpin negeri-negeri ini untuk membawa kami ke jalan yang lurus

Apa Erti Kejayaan Pada Anda

Apa erti kejayaan pada anda? apa yang paling memuaskan hati anda?

1. Mempunyai wang yang banyak?
2. Mempunyai kereta yang hebat?
3. Mempunyai rumah yang besar dan luas?
4. Melanjutkan pelajaran di peringkat PhD?
5. Dapat kenaikan pangkat?
6. Dipuji oleh rakan taulan?
7. Hebat bersukan dan menang banyak piala?

Tepuk dada tanyalah iman...

Mengapa Yahudi Bijak

Got this from a friend...worth reading

Mengapa Yahudi Bijak

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.


Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.


Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon